DROPSHIP REGISTRATION

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA DARIPADA JJANGOKS! J

Noted: TeJja (Singkatan kepada Team Jjangoks , gelaran kepada dropshipper Jjangoks)

Terima kasih kerana berminat untuk mendaftar sebagai ahli TEAM JJANGOKS (TeJja). Disini kami sertakan syarat-syarat penyertaan sebagai ahli sah TeJja untuk makluman semua.

TERMA & SYARAT TEJJA

Yuran pendaftaran  bagi TeJja Premium & TeJja Smart Partner adalah sekali seumur hidup. Yuran ini TIDAK AKAN DIPULANGKAN  sekiranya anda menarik diri atau keahlian anda sebagai TeJja ditamatkan oleh pihak Jjangoks. Pembayaran boleh dibuat ke akaun seperti di bawah:

  •          Bank                                  : MAYBANK
  •          Account Holder               : EYLIANIE AKMAR BINTI MOHAMAD AHIRI
  •          Account Number             512026633847

*** Anda hendaklah berumur 18 tahun ke atas***

1.           TeJja perlu menjual dengan HARGA JUALAN YANG TELAH  DITETAPKAN oleh pihak JJANGOKS SAHAJA. Jika anda didapati menjual dengan harga lebih murah atau mahal, keahlian anda sebagai TeJja akan DITAMATKAN secara automatik.

2.            Jjangoks turut menawarkan INSENTIF/REWARD dalam bentuk hadiah atau wang tunai kepada TeJja yang mengumpul  rekod jualan tertinggi setiap bulan. 

3.           Sebarang gambar untuk tujuan pemasaran boleh dimuat turun melalui laman sesawang (website) Jjangoks di www.jjangoks.com atau daripada Instagram Jjangoks. Pihak Jjangoks juga akan membekalkan gambar bagi tujuan pemasaran melalui group TELEGRAM.

  •          TeJja harus bertanggungjawab memastikan gambar yang dipamerkan di laman sosial dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna.(TERUTAMA gambar pelanggan yang memberi feedback/testimoni kepada TeJja sendiri)
  •          Pihak Jjangoks juga akan membekalkan gambar yang terbaik dan menutup aurat kepada semua  ahli TeJja.

4.          Pihak Jjangoks menyediakan SUPPORT GROUP yang mesra untuk membantu TeJja  berkenaan jualan daripada semasa ke semasa. Group coaching turut  disediakan bagi TeJja  Premium, Executive & Smart Partner. Manakala personal coaching sebanyak 4 kali setahun HANYA akan diberikan kepada Smart Partner SAHAJA.

5.            TeJja secara tidak lansung mewakili Jjangoks. Maka,  TeJja wajib menjaga tatatertib, perlakuan & percakapan semasa melayan pelanggan.

  •          Sekiranya terdapat aduan terhadap mana-mana TeJja, daripada pelanggan Jjangoks, keahlian anda akan DITAMATKAN selepas soal siasat dilakukan.

6.            TeJja dibenarkan mempromosi jualan mereka di mana-mana sahaja laman sosial (Instagram, Facebook individu, Twitter, dll.), laman jualan komuniti (eBay, Mudah.my, Shopee, dll.), laman blog sendiri, atau jualan secara offline.

7.            
TeJja dibenarkan untuk membuat sebarang komen berbentuk iklan / promosi di SEMUA ruangan komen INSTAGRAM Jjangoks. TETAPI, TeJja TIDAK DIBENARKAN untuk KOMEN pada mana-mana POSTING FACEBOOK HQ (FB Jjangoks).

8.           Semua urusan PEMBELIAN dan PEMBAYARAN berkenaan order adalah melalui LAMAN WEB Jjangoks (www.jjangoks.com) SAHAJA.

9.         Harga TeJja adalah TIDAK termasuk harga pos KECUALI dinyatakan. Setiap TeJja dimohon menyemak terlebih dahulu harga jualan sebelum memaklumkan kepada pelanggan kerana harga mungkin berubah daripada semasa ke semasa.

10.          Pihak Jjangoks akan membuat penghantaran kepada pelanggan  hanya selepas menerima invois daripada PAYMENT GATEWAY JJANGOKS atau bukti pembayaran daripada TeJja.

11.          Pesanan/Order akan terbatal secara automatik sekiranya TeJja gagal membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas menghantar order di laman web.

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun dibawah:

  •          Bank                                   MAYBANK
  •          Account Holder               EYLIANIE AKMAR BINTI MOHAMAD AHIRI
  •          Account Number             512026633847

 12.         Semua TeJja WAJIB mempunyai  ONLINE BANKING daripada mana-mana bank untuk memudahkan urusan pembayaran & jual beli. Mempunyai akaun bank MAYBANK atau CIMB adalah SANGAT DIGALAKKAN kerana Jjangoks menggunakan kedua-duanya untuk urusan tersebut.
   
13.     Mata wang yang digunakan dalam urusan jual beli adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.

14.          Segala urusan pengeposan /penghantaran akan diuruskan sendiri oleh pihak Jjangoks.

15.          Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh lima (5) ke tujuh (7) hari bekerja selepas pengesahan penerimaan bayaran dibuat. Penangguhan penghantaran atas sebab – sebab kecemasan dan hal yang tidak dapat dielakkan akan dimaklumkan kemudian.

16.          Setiap ahli TeJja perlu mempunyai aplikasi Whatsapp & Telegram, akaun FB individu atau Instagram untuk tujuan promosi.WHATSAPP & TELEGRAM merupakan platform utama bagi tujuan komunikasi di antara pihak Jjangoks & TeJja.

17.          Semua TeJja perlu memuat turun aplikasi Telegram untuk memastikan semua maklumat berkaitan program ini boleh diakses/dicapai. Staf Jjangoks akan memberikan link channel Telegram kepada semua TeJja.

18 
        Cash on Delivery (COD) tidak dilakukan oleh pihak Jjangoks. Namun, TeJja boleh mengambil inisiatif sendiri sekiranya ingin menyediakan perkhidmatan tersebut. TeJja boleh mengambil barangan tempahan di pejabat urusan HQ secara ‘self-pickup service’ dan kemudian menghantar kepada pelanggan masing-masing.

19.        Sebarang urusan , pertanyaan mahupun permasalahan sila berhubung terus melalui group support telegram.

20.        POLISI PERTUKARAN

  •          Jjangoks mengamalkan polisi tiada pulangan wang untuk setiap pembelian.
  •          Anda hanya boleh menukar produk jika produk yang diterima rosak ,  kotor dan barang yang diterima berlainan daripada apa yang dipesan ketika pembelian.
  •          Anda hanya boleh menukar produk dengan Jjangoks sekiranya kesilapan tersebut adalah pihak Jjangoks. Namun, sekiranya kesilapan tersebut adalah daripada pihak TeJja, maka TeJja bertanggungjawab ke atas segala KOS YANG BERKAITAN.

21.       Tejja haruslah memaklumkan pihak HQ dalam tempoh 7 hari dengan menghantar email aduan ke cs.jjangoks@gmail.com daripada tarikh penerimaan produk daripada pelanggan(untuk PERTUKARAN PRODUK).  Proses penghantaran semula produk juga dalam tempoh 7 hari bekerja bemula daripada tarikh HQ terima produk daripada Tejja.

22.     KOMISYEN adalah berbeza mengikut kumpulan TeJja. Anda boleh rujuk kepada jadual dibawah.

Terma & Syarat TeJja ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada masa ke semasa oleh Pengurusan Jjangoks.

Terima kasih.

--

Management Team

Jjangoks Enterprise

19 FEB 2019


Accept Site use cookies